Thursday, December 24, 2009

DaRi KeraNa MaTa..

Dari kerana mata....
yg memiliki kuasa...
ohhh...aku tergoda...aku tergoda..tergoda...
terkesima....
hahaha...selalu org akan kata dr mata turun ke hati...
btul ke nihh???mari kita sama2 lihat
apa sebenarnya yg istimewa pada mata??
apakah yg ada pd mata??adakah hanya sekadar taik mata??
hahaha...jom kita lihat...



wow!!betul ke ni??mata siapakah ini yg ada diamond??pcaya atau tidak??ia hanyalah ilusi semata mata...xdak kaitan dgn yg hidup atau yg da mniggal dunia...


hahaa...biaq betik??mata pon serangga minat???hmmm
ada madu ka dkt mata kita??mcm mngarut ja....hmmm
lu pikir la sdri...



warning!!jgn tiru aksi ni kat umah...bahaya...mata anda mungkin akan jd juling nanti..hahahaa...xperlu nak usyar2 lg mmg da juling...lalalala




belive it or not????unbelievable

Tuesday, December 22, 2009

AKSI2 si CILIK...

WARNING!!
Aksi2 ini hanya sesuai
dilakukan oleh kanak2 below
2years only..
kpd kanak2 ribena or yg perasan kanak2
sila jgn lakukan aksi seperti ini..
selain itu sila dpt kebenaran ibu bapa
terlebih dahulu...
Kisah ini hanya rekaan semata mata
x ada kena mengena dgn
yg hidup @ yang telah tiada...
kalau ada hanyalah secara kebetulan shj....












~CONTINUED~

hak cipta terpelihara
Teratai PuTiH

Bagaimana caranya bersahabat


Assalamualaikum....
berjumpa lagi kita pada hari ini....
hari ini aku nak bercerita tentang sahabat.....
setiap orang mesti ada sahabat kan??
tanpa sahabat tentu hidup kita menjadi
kelam dan tidak ceria...
Oleh itu, untuk menjadi manusia yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara
kita kenalah bijak memilih sahabat
pilihlah kawan yg baik dan dpt membimbing kita
menjadi baik dan berjaya.....jgn berkawan dgn
org yg jahat kerana mereka suka mempengaruhi
kita berbuat jahat......

Tips menjadi SAHABAT....

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu.

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada
Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di
belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di
depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

3. Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap
orang lain.

4. Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita
sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.
Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten
menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

5. Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk
mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

6. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia
memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.

7. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

8. Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis
pada mereka.

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

9. Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita
mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

10. Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan,
tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas.

11. Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar
atau tidak.

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

12. Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada
kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

13. Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata
kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

14. Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain
walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

15. Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita
itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

16. Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah. Gembira dengan
perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

17. Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang
bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

18. Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

19. Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.

20. Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup
atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

21. Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

22. Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada.

Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah. Apa yang telah kita
amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang,
sama-sama kita perbaikinya. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan
limpahan barakah dariNya.

Taken from: Flowers of Islam








Monday, December 21, 2009

Teknik Belajar




Pejam.....Celik.....pejam...celik.........
tup..tup...kuliah dahh nk start dah...

Hati masih d rumah
tak ready lagi nak menghadapi sem 2
azam tahun baru nak tebus balik kekalahan masa sem 1
betul ke ni???ka juz hangat2 taik ayam??
So, aku nak bagi la sedikit tips belajar tuk korang...
tips nihh bkn aku yg wat tp aku cari laa....
aku pon akn cuba gna tips nih and ubah diri aku so that bolehlah
kita sama2 berjaya nanti....


TIPS BELAJAR BERKESAN:)

Kebanyakan pelajar yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat dijadikan panduan oleh pelajar-pelajar.

1.Menyediakan jadual pembelajaran yang bersistematik.

2.Rutin pembelajaran yang sama setiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.

3.Pilih masa untuk mengulangkaji atau belajar sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.

4.Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga mestilah bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar .

5.Hendaklah mengulangkaji nota yang telah dibuat pada hari yang sama.

6.Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.

7.Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.

8.Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.


Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1.Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.

2.Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaaan.

3.Menganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.

4.Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

hahahaa...kalau korang semua nak tahu kan....semua ciri2 pelajar yang kandas
tuh ada dekat aku pada sem lepas...so, untuk sem nih aku berazam akan ubah diri aku
dan mencuba tips pelajar berkesan tuh...ok marilah kita sama2 berusaha...
ingat pepatah arab ada mengatakan tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lahad..



My Best Friend

ni kisah aku & salah sorang kwn baik aku
aku ada kawan baik namanya nurul shahida
orgnya kecil dan comel...hahaha...kecil2 cili padi la
katakan....org panggil dia shida aku pgl cda ja...hahaa
aku kenal dia masa aku belajar kat matrix dlu....
dia nihh rumate aku msa kt matrix..hahahaaa...
hmmm...nak cerita apa lagi ya...shida nihh sama la dgn aku suka tgok
cerita korea and jepun...cuma yg berbeza dia ska baca novel triler
aku lak ska baca komik....hahahaa
kalau cuti ja mesti aku nak jumpa dia...hahaha
xbest la kalau xjumpa....hahaha....
shida nihh tgl dkt naka....aku pnah p umah dia sekali ja
masa kakak dia kahwin..haha..pas tuhh xpnah p da...
hajat di hati mmg la nk p selalu tapi aku kn xde transport..
mls la aku nak g naik bas..kalau boleh aku nak p
naik moto tp aku mana reti bawa moto...hahaha






Nobuta wo produce


aku juga suka sgt cerita nihhh
walaupun cita nihh ada binatng haram seperti buta=babi
huhuuuu
tp cerita nihh membawa mcj y sgt positif...
cerita nihh memberi kita keyakinan dan membawa mesej
setiap org boleh berubah jika diri sendiri
mahu berubah.....
yang paling penting ialah yakin pada diri sendiri...
cerita nihh juga menunjukkan yang persahabatan amat penting
sahabat haruslah saling bntu membantu antara satu sama lain
so, aku ingin katakan di sini yang aku sgt sayangkan sahabat2ku
terutamanya shida,saidatul,pkah,adilah,haida,hayati,kak fairuz, awanis, nik afiqah, emily, umi, ika, syahirah,liyana,amalina dan nisya...
i miss u all so much..........aku harap persahabatan kita nihh akn kekal
sampai bila2......love u all....

Sunday, December 20, 2009

Dragon zakura

akU sgt suka cerita ni
sbb cerita nihh bg semangat pada aku utk belajar bersungguh-sungguh
sehingga berjaya......
selain itu semangat dan azam budak2 dlm cerita ni
membuatkn semangat aku utk belajar semakin berkobar-kobar..
aku target untuk merebut anugerah dekan pada sem depan..
target aku adalah untuk mendapat anugerah naib canselor setelah aku tamat
pengajian d uitm nanti...so aku harap aku xla hangat2 taik ayam ja....
good luck....cayok2...u can do it...believe yourself........




My lovely Family

hahahahahaa
aku saja2 ltak gambar nihh buat tatapan
along tersayang yang jauh di rantauan..
hahahahaahahahah
hopefully along akan suka la....
i know along mesti suka pnya tambah2 lg bila tgok muka
aku yg innocent nihhh..haha
so, i hope along, u would like it..ok??