

Pejam.....Celik.....pejam...celik.........
tup..tup...kuliah dahh nk start dah...
Hati masih d rumah
tak ready lagi nak menghadapi sem 2
azam tahun baru nak tebus balik kekalahan masa sem 1
betul ke ni???ka juz hangat2 taik ayam??
So, aku nak bagi la sedikit tips belajar tuk korang...
tips nihh bkn aku yg wat tp aku cari laa....
aku pon akn cuba gna tips nih and ubah diri aku so that bolehlah
kita sama2 berjaya nanti....
TIPS BELAJAR BERKESAN:)
Kebanyakan pelajar yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat dijadikan panduan oleh pelajar-pelajar.
1.Menyediakan jadual pembelajaran yang bersistematik.
2.Rutin pembelajaran yang sama setiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3.Pilih masa untuk mengulangkaji atau belajar sewaktu semangat belajar berada di tahap maksimum.
4.Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga mestilah bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar .
5.Hendaklah mengulangkaji nota yang telah dibuat pada hari yang sama.
6.Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7.Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.
8.Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu. Bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :
1.Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2.Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir menjelang peperiksaaan.
3.Menganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4.Belajar semata-mata untuk peperiksaan.
hahahaa...kalau korang semua nak tahu kan....semua ciri2 pelajar yang kandas
tuh ada dekat aku pada sem lepas...so, untuk sem nih aku berazam akan ubah diri aku
dan mencuba tips pelajar berkesan tuh...ok marilah kita sama2 berusaha...
ingat pepatah arab ada mengatakan tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke lahad..



No comments:
Post a Comment