Tuesday, December 22, 2009

Bagaimana caranya bersahabat


Assalamualaikum....
berjumpa lagi kita pada hari ini....
hari ini aku nak bercerita tentang sahabat.....
setiap orang mesti ada sahabat kan??
tanpa sahabat tentu hidup kita menjadi
kelam dan tidak ceria...
Oleh itu, untuk menjadi manusia yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara
kita kenalah bijak memilih sahabat
pilihlah kawan yg baik dan dpt membimbing kita
menjadi baik dan berjaya.....jgn berkawan dgn
org yg jahat kerana mereka suka mempengaruhi
kita berbuat jahat......

Tips menjadi SAHABAT....

1. Memulakan memberi salam apabila bertemu.

Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada
Allah. Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk.

2. Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di
belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di
depan maupun di belakang kita. Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

3. Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap
orang lain.

4. Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat. Jika kita sembunyikan bererti kita
sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.
Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten
menunaikan perkara yang baik. Bukan bertujuan membodek.

5. Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat. Ini untuk
mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.

Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.

6. Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia
memintanya. Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.

7. Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

8. Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat. Elakkan prejudis
pada mereka.

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain.

9. Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya. Jika melihat kawan kita
mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat. Kemudian rakan kita menegur kita. Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya. Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain. Ia menunjukkan maruah kita dihargai.

10. Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita. Bila melihat dia lakukan kesalahan,
tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya. Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini? Allah bersama orang yang ikhlas.

11. Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar
atau tidak.

Motivasi: Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah. Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak. Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf.

12. Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada
kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya.

13. Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh. Apatah lagi mengeluarkan kata-kata
kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

14. Menyembunyikan segala rahsia sahabat dan tidak menceritakan kepada orang lain
walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita.

15. Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita
itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu?

16. Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah. Gembira dengan
perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi: Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya? Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita?

17. Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang
bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati.

18. Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya. Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim. Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur.

19. Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut. Ini janji Allah. Nescaya ditepati.

20. Sentiasa mendoakannya. Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup
atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita.

21. Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi: Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain.

22. Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi: Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat. Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai. Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada.

Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah. Apa yang telah kita
amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya. Mana yang kurang,
sama-sama kita perbaikinya. Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan
limpahan barakah dariNya.

Taken from: Flowers of Islam








1 comment: